Wow ~ Inilah Buah hati Jep Sepahtu



Pelawak Jep (Sepahtu) menjelaskan foto dia bersama seorang wanita yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya merupakan orang yang paling rapat dengannya buat masa ini.

Bagaimanapun Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia enggan menjelaskan status perhubungan tersebut mahupun mendedahkan lebih lanjut identiti wanita berkenaan. 

"Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini. Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram", katanya kepada mStar Online.

Jep ditemui pada majlis pengumuman peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) di Hotel Le Meridian di sini pada Selasa. 

Baru-baru ini, Jep telah berkongsi beberapa keping foto bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di akaun Instagram miliknya. 

Perkara itu membuatkan ramai mengandaikan wanita tersebut merupakan kekasih Jep dan gembira mengenainya. Bagaimanapun ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana Jep sudah berpunya. 

Sementara itu, Jep memberitahu, dia telah mengenali wanita tersebut sejak enam tahun lalu namun mereka terputus hubungan pada dua tahun lepas. 

"Tiba-tiba pula kami berkawan balik pada awal tahun ini. Kenapa dia? Perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu. "

Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing. Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang. 

"Bukan. Saya nak buktikan yang saya bukan gay...hahaha, katanya dengan nada bergurau."

Terdahulu, sebuah akhbar mingguan melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada awal Januari 2014 dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor. 

Difahamkan wanita tersebut bekerja di sebuah stesen radio tempatan. Bagaimanapun, Jep menepis dakwaan tersebut. 

Awas!! Bahaya Anjing Pada Manusia





Al Qur’an ialah firman Allah SWT yang di dalamnya terkandung ayat-ayat yang mengatur kehidupan manusia di dunia agar dapat dijadikan petunjuk mencapai keselamatan, baik di dunia ataupun di akhirat. Al Qur’an tidak hanya membahas muamalah dan akidah saja, tetapi juga membahas ilmu-ilmu alam.

Hukum islam yang kedua ialah Hadith, yang di dalamnya terkandung perkataan dan perbuatan nabi. Di dalam hadith ini diantaranya membahas tentang najis. Di dalam kajian fiqih disebutkan bahwa macam-macam najis ada tiga:

1. Najis mukhafafah, iaitu najis ringan yang cara mensucikannya cukup dengan memercikan air di atasnya.
Contoh: air kencing bayi laki-laki yang belum memakan makanan.

2. Najis mutawasitoh, iaitu najis pertengahan yang cara mensucikannya dengan dibersihkan najisnya terlebih dahulu kemudian dibasuh dengan air.
Contoh: mazi, air kencing selain yang telah disebutkan di atas, tahi dan lain-lain.

3. Najis mughallazhah, iaitu najis berat yang cara mensucikannya dengan dibersihkan menggunakan air tujuh kali dan salah satunya menggunakan tanah.
Contoh: air liur anjing.

Hai ini didasarkan pada hadith riwayat muslim:
“Bersihnya bekas seseorang di antara kalian bila dijilat anjing adalah apabila dibasuh tujuh kali basuhan pertama dicampur dengan tanah.”

Yang menjadi pertanyaan dari huraian di atas, “Mengapa pada bekas atau benda bila terkena jilatan anjing harus dicuci tujuh kali dan salah satunya dengan tanah?”

Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang dari dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logiknya. Dimensi akal masih jauh dari kesempurnaan untuk menganalisa secara terperinci tentang najisnya air liur anjing. Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan:

“Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah telah mengusap di atas dua sepatu.” (HR. Abu Dawud).

Namun ilmu sains telah menyelesaikan masalah ini. Para peneliti yang mengkaji masalah ini berhasil membuktikan bahwa air liur anjing mengandungi berbagai kuman (bakteria) yang menyebabkan penyakit. Bakteria tersebut dapat masuk dan menyerang organ dalam manusia melalui sistem terbuka. Risiko penularan penyakit kian besar apabila terkena gigitan anjing.

Anjing yang kecil mungkin hanya meninggalkan luka kecil ketika menggigit manusia. Meskipun lukanya tak sehebat gigitan anjing dewasa, tetap dinasihati untuk segera dibawa ke doktor. Kerana luka gigitan dapat menjadi jalan masuk bagi kuman-kuman berbahaya yang berkembang biak pada air liur anjing. Paling tidak gigitan anjing ini melubangi jaringan kulit dan menjadi pintu masuk kuman.

Mangsa seharusnya memperoleh perawatan doktor, minimal dengan diberi suntikan anti tetanus . Bahaya anjing tidak hanya pada air liurnya saja. Menurut peneliti dari Universitas Munich, menyatakan bahwa memelihara anjing meningkatkan risiko barah payudara. Resiko mengidap barah oleh kerana memelihara anjing jauh lebih besar dibanding memelihara peliharaan lain seperti kucing.

Sebanyak 79,7 % penderita barah payudara ternyata sering bermain-main dengan anjing, diantaranya dengan memeluk, mencium, menggendong, memandikan, dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4,4 % pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53,3 % dari 14.401 pemilik anjing mengidap barah.

Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu : mammary tumor virus (MMTV). Binatang peliharaan lain juga membawa barah, tetapi karena jenisnya berbeza maka sukar untuk menular pada manusia. Untuk itu sebaiknya menghindari langsung dengan anjing. Yang menjadi pertanyaan selanjutnya “Mengapa digunakan debu (tanah) untuk mensucikannya?”




Mengapa digunakan debu (tanah) untuk mensucikannya?

Pertanyaan seperti itu pasti terlintas di benak kita. Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki dalam Ibanatul ahkam, mengkategorikan perintah Nabi SAW itu sebagai sebagian dari mukjizat. Beliau menjelaskan bahwa kajian ilmuan membuktikan bahawa, air liur anjing mengandung mikrobakteria sehingga jika objek yang terkena air liur anjing dicuci dengan sabun, maka tidak menjamin bersih dari mikrobakteria tersebut.

Untuk mematikan kuman tersebut, harus dengan cara ditaburi tanah atau debu yang dicampur dengan air. Cara ini terbukti berkesan berdasarkan kajian dan uni kaji makmal yang di masa Nabi SAW tidak ada. Suatu ketika, bekas Presiden Repulik Indonesia, Soekarno, pernah mengatakan bahwa pada zaman sekarang kita tidak perlu lagi menyamak, atau membasuh tujuh kali yang diantaranya dicampur dengan debu apabila terkena najis kelas berat.

Menurutnya, cukup menggunakan sabun. Pendapatnya ditentang oleh para ulama Indonesia pada waktu itu. Para ulama tersebut meminta Presiden untuk melakukan eksperimen membuktikan mana yang lebih relevan; penggunaan sabun atau dengan debu. Maka dilakukanlah eksperimen dengan sampel dua benda yang telah dijilat oleh anjing. Satu di antara dicuci menggunakan sabun, dan yang satu lagi dibersihkan dengan debu.

Setelah itu, kedua benda tadi diperiksa di bawah electron mikroskop. Hasilnya didapati bahawa, benda yang dibasuh dengan menggunakan sabun masih terlihat kuman dari hasil jilatan anjing. Sebaliknya, benda yang dibersihkan dengan debu sangat bersih dan terbebas dari kuman. Di sini, yang perlu ditegaskan kembali adalah, bahwa tolok ukur najisnya anjing dan babi adalah dimensi ritual menurut pandangan syariah, bukan dimensi akal.

Oleh sebab itu, proses pensucian najis mughallazhah tetap mengacu pada proses yang bersifat ritual pula, sehingga kedudukan tanah di sini tidak bisa diganti dengan sejenis cairan pembersih apa pun. Begitu juga hitungan berapa kali pencuciannya: bersifat formal-ritual, dan untuk diikuti apa adanya.

Maha Suci Allah dengan segala kekuasaan-Nya. Sungguh, apa-apa yang ditetapkan Allah, ada manfaat yang boleh diambil.

Inilah Bakal Isteri Tunku Mahkota Johor Yang cantik Manis



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.

Khaleeda berusia 20-an dan berasal dari Gombak, Selangor pernah kelihatan di stadium menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bersama Tunku Ismail.

Tunku Ismail adalah putera sulung kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik.

Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010 dan dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda, Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.

Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bharu dan Sekolah Kebangsaan Kebangsaan St. Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai tahun 1999 hingga 2002.

Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.

Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember 2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.

Tahniah diucapkan buat Tunku Mahkota Johor yang bakal melangsungkan perkahwinannya dengan  CikKhaleeda Bustamam   









Awas !! Gambar Anda Mungkin Menjadi Mangsa Jenayah Internet


Hati2 Bila Anda Upload Gambar Anda Di Facebook. Jangan Jadi Mangsa Seperti Gadis Ini

BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal?

Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.

Jika dilihat daripada nilai wang hantaran berkenaan memang dilihat tidak logik dan tidak boleh diterima akal kerana ianya terlalu tinggi.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan laman Facebook berkenaan, penulis melakukan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa lagi gambar gadis dan wanita lain dengan meletakkan wang hantaran yang nilainya tidak munasabah.

Selain itu, pemeriksaan mendapati laman berkenaan seperti sebuah ruang yang mengambil kesempatan ke atas gambar gadis jelita di laman sosial sebelum disebarkan untuk tatapan umum atas alasan pencarian jodoh.

Bukan sahaja gambar gadis berkenaan telah disalahgunakan, banyak lagi gambar terutamanya mereka yang mempunyai susuk tubuh yang menarik akan menjadi mangsa laman Facebook itu.

Daripada beberapa komen yang diterima laman berkenaan, sebahagian besar daripada pengguna Facebook yang mengikuti posting mereka dilihat mengecam tindakan pengendali memuatnaik gambar gadis-gadis terutamanya bangsa Melayu. 

Sayu, Kisah Hidup Pengasas D'HERBS Sebelum Berjaya


Kisah Sayu Hidup Pengasas D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri

Saya berasal dari Pahang datang dari keluarga yang susah. Saya gemar berdikari untuk menjayakan dirinya dan enggan duduk di kepompong yang sama.

Pengalaman yang paling bermakna buat saya, saya ingin berniaga tetapi tiada duit. Angan-angan itu besar tetapi tiada duit. Duit dalam simpanan tak usah nampak seribu, ratus-ratus je yang ada. Macam mana nak berniaga? Macam mana nak buka kedai?

Dengan berbekalkan azam yang kuat, saya berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dari menjual pada kawan-kawan di pejabat. Kemudian membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Kadang-kadang, hari sabtu dan ahad saya berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas sebab saya pantang duduk diam.

Saya terkejut dengan sambutan yang bagus bila saya menjual kosmetik. Mula-mula berniaga, dapat RM500, RM600. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan mulut saya yang macam makcik-makcik ini, saya dapat menarik ramai pelanggan. Daripada sehari RM400, selepas 2 bulan, saya mampu meraih RM2,000 – RM3,000!

Nilai 2-3 ribu memang nilai yang mengejut bagi saya. Sebelum kita berjaya, kita jangan minta tolong orang. Kita usaha dulu!

Walaupun pinjaman saya di bank ditendang, dimaki, diherdik. Malah mereka tak pandang pun saya dan saya amat kecewa ketika itu. Saya dah buat paperwork susah-susah, dah berbulan-bulan saya buat paperwork. Tetapi pegawai bank itu hanya baling paperwork saya dan mengatakan loan saya tak lulus.



Kenapa saya punya loan tak lulus?

Jawab mereka, “awak masih mentah. awak perlukan gurantor, awak perlukan tanah, awak perlukan aset untuk buat loan dan sebagainya.”.

Saya menangis teresak-esak dan saya sedar diri saya begitu kerdil di mata mereka. Ada juga saudara terdekat yang mengatakan:

“alaa Syukri, kau tu takkan boleh berjaya. Kau tu lepasan SPM, masuk universiti pun tak lepas. Kau takkan berjaya Syukri.”

Alhamdulillah, syukur kepada Allah bila ada kawan-kawan terdekat, pelanggan-pelanggan yang memanggil saya ketika membuat bengkel kecantikan di seluruh Malaysia itu, saya hubungi mereka dan saya beritahu hajat saya ingin membuat satu jenama dan ingin berkongsi bersama beliau membantu saya.

Saya panggil mereka dan saya terangkan kertas kerja yang pegawai bank tersebut tak nak layan saya. Dan respon yang diberikan amatlah mengejutkan. Rata-rata yang menyertai mesyuarat yang saya anjurkan, semua berminat dan yakin dengan kewibawaan saya untuk membuat satu jenama.

Duit yang mereka bagi, saya jadikan pelaburan. Saya jadikan modal awal saya dan digabungkan dengan peniagaan pasar tani saya dua tahun itu, dapatlah lebih kurang RM100,000!

Sebab itu hari ini, saya amat menghargai beliau. Saya tak lupa pada Encik Putra, Puan Rohani, abah saya sendiri, Puan Linda, Puan Rina dan semua yang ada pada hari ini. Saya rasa tanpa anda semua pastinya syarikat D’Herbs tidak akan sampai ke tahap ini.

Makin kita tinggi, makin kita tunduk. Jadi saya menyeru kepada semua orang yang ada dekat sini, marilah kita berniaga. Tak kisahlah orang pandang kita apa pun, dan kita perlu bermula daripada bawah. Insha Allah, hasil yang kita berdiri di tapak kaki sendiri lebih bermakna daripada kita menumpang dari hasil orang lain.

Saya mempunyai matlamat saya sendiri untuk berjaya, tidak meniru orang lain. Nama D’Herbs akan sentiasa gah dan kuat di Malaysia ini. Itulah matlamat saya sampai bila-bila. Dan generasi saya akan membesarkan lagi legasi D’Herbs Healthy Sdn Bhd ini. Amin amin ya rabbal alamin. – My Media Hub

p/s: patutlah dapat taja Bintang Mencari Bintang. Bangga ada anak Malaysia seperti ini.. :)

Kredit: mymediahub.my

Sumber : Info Dalam Talian

Gara-Gara Mahu Hidup Mewah Pelajar IPT Rela Jual Maruah


KULIM: Hanya mahu hidup mewah dengan pendapatan lumayan setiap hari, golongan remaja hari ini rela menjual diri mereka menerusi laman web. 

Pengerusi Persatuan Penguna Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, apa yang mengejutkan kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar perempuan di Institut Pengajian Tinggi (IPT). 

Menurutnya, pelanggan yang melayari laman web itu boleh berinteraksi bersama pelajar berkenaan dan meminta mereka melakukan apa sahaja aksi diingini. 

“Sekiranya pelanggan mahu melihat pelajar itu membuka pakaian dan beraksi panas, mereka diarahkan untuk masuk ke ruangan peribadi dan membayar diantara 0.79 hingga 0.99 dollar bagi tempoh seminit,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada dalam kalangan mereka juga masih bersekolah.Tambah Mohd Zailan, permasalahan ini mesti ditangani segera sebelum ia menjadi ikutan untuk memperoleh pendapatan sambilan yang tidak bermoral. 

“Mereka yang terlibat boleh disiasat di bawah akta komunikasi. Pihak berkuasa seharusnya lebih peka terhadap permasalahan ini dan tidak mengambil sikap lepas tangan. 

“Saya sangat berharap kementerian terlibat dapat menangani masalah keruntuhan akhlak golongan remaja ini dengan sewajarnya,” katanya.

Seram~11 Jenis Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu


Berikut merupakan beberapa pokok yang dikenalpasti menjadi tempat tinggal hantu. 

Pokok Ara
Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu. 

Pokok Kekabu
Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak. 

Pokok Ciku
Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran. 

Pokok Saga
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat hantu. 

Pokok Asam Jawa
Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun. 

Pokok Pisang
Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong. 

Pokok Buluh
Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 

Pokok Nangka
Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu. 

Pokok Beringin
Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya. 

Pokok Sukun
Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong. 

Pokok Bacang
Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.