Fesyen Ozlynn Isteri Johan Raja Lawak Memukau Orang Ramai


Tampil dengan busana ketat hitam yang mempunyai belahan pada bahagian kaki dan dada, kehadiran Ozlynn, isteri Johan Raja Lawak di Anugerah Lawak Warna minggu lalu paling meletop dan dikatakan memukau orang ramai.

Manakan tidak, walaupun kini usia kandungan Ozlynn kini sudah memasuki kira-kira 32 minggu namun beliau dilihat cenderung menggayakan baju, gaun dan busana ketat ketika menghadiri acara-acara berprestij.

Di laman Instagram jozlynnhanania, ramai peminat memuji fesyen yang dipilih isteri Johan sehingga sebahagian dari mereka memberinya gelaran Demi Lovato Malaysia. Jika dipandang sepintas lalu, memang ada logiknya juga kenapa gelaran tersebut diberikan.

Kalau ada yang tak percaya, korang boleh skodeng empat keping gambar memukau Ozlynn di bawah yang diambil ketika acara karpet merah Anugerah Lawak Warna 2014.







Awas Jenayah samun Di ATM ~ Anda Mungkin Berisiko


                                           Dua orang ahli sindiket menghampiri mangsa

Azmi sedang mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhampiran kawasan pejabatnya. Sedang dia mengambil wang yang telah dikeluarkan di ATM terbabit, tiba-tiba bahunya ditepuk daripada belakang oleh seseorang yang tidak dikenali memberitahu duitnya terjatuh.

Selepas mengambil duitnya yang ‘terjatuh’ itu, dia terkejut apabila mendapati duit yang dikeluarkan di ATM tadi sudah lesap. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Jika anda pernah mengalaminya, anda mungkin menjadi antara ribuan mangsa si penyamun yang sentiasa ‘dahagakan’ wang ringgit.

Tahukah anda? Semua orang tanpa mengira jantina, bangsa dan usia berisiko untuk menjadi mangsa kepada pencopet di ATM.

Jenayah samun di ATM

Kekerapan orang ramai menggunakan perkhidmatan ATM untuk mengeluarkan wang atau melakukan lain-lain transaksi memberi peluang kepada sindiket tepuk bahu membuat jenayah.

Walaupun jenayah ‘tepuk bahu’ di ATM jarang dilaporkan berbanding dengan jenayah lain, namun perkara seperti ini perlu dititikberatkan pengguna khususnya golongan wanita dan pelajar.
Jika ingin mengeluarkan wang di ATM, pastikan anda berteman dan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengelak jenayah ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, kelalaian segelintir pengguna ATM yang kurang peka untuk mengamalkan ciri keselamatan seperti mengelakkan jarak ketara dengan ATM ketika melakukan pengeluaran wang memudahkan lagi penjenayah menjalankan kegiatan ini.

“Segelintir pengguna kurang peka untuk mengutamakan aspek keselamatan ketika mengeluarkan wang di ATM. Mereka mungkin menyangka selamat apabila merasakan orang tidak tahu nombor pin keselamatan mereka, tetapi sebenarnya kadang kala tindakan menjarakkan diri dari ATM membolehkan nada pada papan kekunci dibaca dengan lebih jelas”, katanya.

Keselamatan nombor pin ATM

Orang ramai dinasihatkan agar jangan menyimpan nombor pin bersama dengan kad ATM dengan cara melekatkan atau menulis nombor pin di atas kad ATM Ini adalah untuk mencegah daripada nombor pin terdedah kepada orang yang menjumpainya jika kad ATM tercicir atau dicuri.

Adalah dinasihatkan agar nombor pin yang dipilih itu bukannya nombor kad pengenalan atau nombor tarikh lahir. Ketika berada di ATM untuk membuat transaksi orang ramai dinasihatkan agar memasukkan nombor pin dengan cara terlindung agar tidak dapat dilihat oleh orang yang berdiri di barisan sebelah atau yang beratur di belakang kita.


Sasaran mangsa si penyamun
  1. -Orang yang dapat gaji pada hujung bulan
  2. -Golongan wanita
  3. -Mereka yang bersendirian di ATM
  4. -Orang yang ambil wang pada waktu malam
  5. -Orang yang kerap mengambil wang dalam tempoh masa yang tetap seperti ahli perniagaan
  6. -Leka mengira wang tunai di hadapan ATM
  7. -Berbual dengan orang yang tidak dikenali ketika di ATM



Tip pencegahan
  1. -Keluarkan wang ketika waktu ramai orang seperti waktu makan tengahari.
  2. -Bawa teman ketika mengeluarkan wang di ATM.
  3. -Sekiranya anda berasa curiga dengan orang yang berada di kawasan ATM, segera hubungi pihak polis.
  4. -Jangan beritahu maklumat bank anda kepada orang lain.
  5. -Jangan melayan sesiapa semasa membuat transaksi di ATM
  6. -Pastikan nombor pin tidak terdedah ketika membuat transaksi.

Dua orang ahli sindiket menghampiri mangsa


Ahli sindiket jatuhkan wang yang ‘kononnya’ milik mangsa.

Ahli sindiket lagi seorang akan bertindak pantas dengan mengambil wang dan menukar kad ATM mangsa.

Terus berlalu pergi.




Gempar! ~ Bila Singa Laut Naik Ke Bandar


Di Balneário Camboriú, Brazil, terdapat satu singa laut yang entah macam mana boleh sesat masuk ke dalam bandar. Bomba dan polis terpaksa menyiram air pada badan singa laut sehingga mereka berjaya mengalihkan balik beliau ke dasar laut.

Sesuka hati pulak haiwan ini keluar dari habitat asalnya sehinggakan boleh bersiar-siar di bandar, tapi nasib baik ramai yang perihatin akan haiwan ini dan membawanya kembali ke laut. 






Jangan Biar Isteri Anda Menangis "Hargailah Sebelum Terlewat"




Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, 
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi. 

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... 

Jika kau membiarkannya pergi, 
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
hanya jika dia sangat menyayangimu. 
Dia akan menurunkan rasa EGOnya. 

Wahai suami2, 
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, 
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. 
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat 
kau terperuk terlalu dalam . 

Wahai suami2, 
jika seorang isteri menangis keranamu, 
tolong jangan menyia-nyiakannya... 
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. 

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu... 
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT 
yang dirasakannya keranamu ? 


Apakah keistimewaan perempuan ini? 
Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. 
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN... 
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya... 
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya... 

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. 
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya... 
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya... 
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN... 
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. 
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. 

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal. 
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Bila Nilai 'Dara' Tidak Lagi Dihargai Oleh Perempuan



Aku pelik la dengan sesetengah remaja perempuan zaman sekarang ne..siap berbangga lagi bila diri tu tiada dara. Budak sekolah pun tak terkecuali. Memalukan betul. Kenapa la senang sangat bagi dara korang tu pada kaum lelaki a.k.a BOYFRIEND? Ada pendapat mengatakan s4ks itu perlu sebagai bukti kasih sayang dan cinta diorang, so tak hairanlah berapa ramai anak gadis hilang dara sebelum kahwin. Bagi kaum lelaki kalau dah dapat..eerm..habis madu sepah dibuang. Tapi bagi kaum perempuan, apa yang diorang buktikan kepada kononnya bakal suami mereka..tak ke semua tu akan mengudang masalah besar! Dekat facebook pun benda camne dah jadi perkara biasa.

Masalah hilang dara sebelum bernikah banyak dah berlaku. Hilang dara pun banyak sebab. Mungkin sebab terjatuh, aktiviti lasak, kena rogol dan sebagainya. Kalau kes macam ne semua orang faham. Bukan salah perempuan. Tapi bagi yang hilang dara pada jantan memang akan dipandang serong.

Sebenarnya rasa kesian jugak dengan perempuan kerana penderitaan yang diorang tanggung lebih banyak berbanding lelaki yang membuatnya ,sedangkan si jantan yang mengaku mahu bertanggungjawab ghaib entah kemana dah. Nasi dah jadi bubur,telan je lah bubur tu. Lebih malang lagi jika perempuan tu mengandung...jika anak itu lahir, lelaki mana yang nak pelihara anak tak sah tarafnya tu? kalau ada pun, lelaki yang terlalu baik sampai sanggup berkahwin dengannya. So, hargai la di atas apa yang telah Tuhan anugerahkan pada diri kita...jangan mudah menyerahkan sesuatu yang berharga pada mereka yang tak sepatutnya. Seronok kejap je merana seumur hidup.



Pelik! Teknik Orang Jepun Menghalau Binatang Perosak


Setiap orang yang mempunyai sebidang tanah biasanya ada cara mereka tersendiri untuk menghalau binatang perosak tanaman dan yang sering menjadi masalah tersebut adalah burung. Kebiasaanya petani akan menggunakan racun untuk membunuh binatang perosak atau orang-orang untuk menghalau burung-burung dari merosakkan tanaman mereka.

Seorang petani yang dipanggil Nobuou Onishi dari Jepun dengan cara yang luar biasa untuk menghalau burung gagak yang sering merosakkan tanaman beliau. Beliau menggunakan kaedah yang sama untuk menghalau burung yang merosakkan tanamannya dengan meletakkan orang-orang, tetapi dengan jumlah yang banyak untuk menakutkan burung-burung yang berada di sana. Cara itu amat berkesan sekali untuk menghalau burung gagak dari merosakkan tanamannya " jelas beliau".











TAHNIAH! Pengacara TV3 Popular Nurul Syuhada Nurul Ain Selamat Melahirkan Anak Kembar




Tahniah diucapkan buat pengacara TV3 iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain, kerana selamat melahirkan anak kembar semalam. Berita gembira tersebut telah disampaikan oleh Nurul sendiri melalui rancangan MHI TV3 pagi tadi. 

Untuk info, Nurul telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan. 

"Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya," begitulah lebih kurang kata Nurul ketika bercakap kepada MHI melalui telefon. 

Tahniah diucapkan!