Kasihan ! Kaleem Kanak-Kanak Malang Dengan Tangan Gergasi


Popeye ialah watak kartun kanak-kanak yang mempunyai kekuatan luar biasa dan mempuyai dua tangan yang besar. Di India ada Popeye versi sebenar tetapi malangnya beliau tidak dianugerahkan kuasa luar biasa. Kaleeem (8) mengidap penyakit misteri yang mengakibatkan tangan beliau menjadi lebih besar dari kanak-kanak biasa. Tangan beliau sekarang dianggarkan seberat 12 kilogram. Ibu Kaleem berkata beliau menyedari anak beliau mempunyai masalah ini sejak lahir dan sudah membelanjakan banyak wang untuk merawatnya. Malangnya sehingga kini masih tiada apa-apa yang mampu dilakukan oleh beliau. Kerana saiz tangan yang besar dan aneh ini Kaleem terpaksa berhenti sekolah kerana tidak tahan diejek dan dibuli rakan sebaya. Kasihan budak ini. Mohon ada penyelesaian kepada masalah kegergasian tapak tangan beliau di masa hadapan.




Pun Boleh!! Suami Bergambar Seperti Sedang Mengandung


Isteri lelaki ini sedang mengandung tetapi tidak mahu menjalani sesi penggambaran wanita mengandung yang kini popular di kalangan artis.
Oleh itu beliau mempunyai humor tersendiri dan mengambil gambar ala ala wanita sedang mengandung dan menggantikan tempat isteri beliau. Hilarious dan sporting siak.. haha





Rumah Untuk Orang Kaya Kini Bandar Hantu Di China


Penduduk tempatan menyebutnya sebagai ' Bandar Mati ' . Ini adalah sebuah ' bandar hantu ' di mana tidak ada penduduk hidup di dalamnya . Lebih dari seratus bangunan berdiri kosong tiada penghuni  setelah dibina enam tahun lalu untuk penduduk di Bandar Beihai , di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang .

Bandar itu dibina untuk memenuhi peningkatan kelas orang kaya baru , yang dijangka bakal melabur dan membeli dengan cepat hartanah di bandar tersebut . Banyak di antara bangunan di bandar itu habis dijual.

Dalam usaha untuk melayani mereka ingin melabur di bidang hartanah , seluruh bandar telah dibina lengkap dengan bangunan pencakar langit , pusat membeli-belah , jalan raya , dan taman . Namun malangnya, dengan tidak adanya penduduk , bandar itu berubah menjadi ' bandar mati ' kerana jauh dari pusat - pusat ekonomi penting di China .

Kebanyakan dari mereka , yang berharap adanya pertumbuhan dalam nilai hartanah , beranggapan melabur di sana akan berisiko . Para pemerhati percaya China telah kelebihan harta , yang boleh menyebabkan berlakunya gelembung perumahan dari harta - harta yang kosong .

Namun , pihak lain mengatakan pemodenan di China merupakan kisah urbanisasi terbesar yang pernah ada di dunia , dan bandar - bandar ' mati ' seperti itu akan segera menjadi wilayah metropolitan yang berkembang .

Selepas enam tahun dibina dan dengan tidak ada manusia hidup di dalamnya , beberapa bangunan di bandar itu akan memerlukan lebih banyak wang yang akan dibelanjakan untuk dilindungi daripada kerosakan .

Proses pembinaan bandar itu tidak hanya menggaji ratusan ribu penduduk China , tetapi juga telah membuat ratusan ribu penduduk tempatan terpaksa pergi dari tanah dan rumah mereka agar dapat membuat jalan bagi projek - projek pembinaan .

" Ini suatu kegilaan , rumah - rumah dibina hanya untuk dibiarkan kosong ! " kata salah satu penduduk tempatan yang terpaksa tinggal di sebuah pondok kayu







Fesyen Di Arena Karpet Merah Makin Melampau


Antara fesyen-fesyen yang agak keterlaluan sudah biasa kita lihat jika selebriti ada yang tidak mengenakan bra ketika menghadiri sesi karpet merah. 
Tak tahulah itu mungkin satu trend mereka atau mereka memang daya tarikan agar semua orang menyedari akan kehadiran mereka disana. 
Kalau iye pun takkan sampai tak pakai baju dalam kot. Kalau tebal kain yang dipakai tak apalah juga ini tidak, nipis sangat sehingga menampakkan bahagian dalam mereka.
Buruk sangat! Kami kongsikan kepada anda beberapa selebriti yang boleh dikatakan gaya mereka agak melampau di karpet merah.












Jom Lihat! Wajah Ibu Nelydia Senrose Yang Awet Muda


Nama pelakon Nelydia Senrose sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air sekarang ini. Malah pelakon ini dilihat semakin hari semakin menyinar dan semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat industri hiburan tanah air. 

Bukan itu sahaja, malah banyak drama di televisyen juga sering kelihatan artis ini membintangi drama tersebut. 
Nelydia ketika ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak tanah air, Qi Razali.

Melihat kepada keayuan dan kejelitaan artis ini, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa ibu artis ini yang mewariskan kejelitaan kepada anaknya ini. Ibu yang melahirkan artis kesayangan kita Nelydia Senrose merupakan orang yang sama melahirkan Uqasha Senrose. Sudah pasti ibu kepada dua artis jelita ini mempunyai kejeletiaan yang tersendiri.

Inilah dia rupa wajah ibu Nelydia Senrose yang begitu jelita dan awet muda: 


Apalah Gunanya Bertudung Jika Begini


Sering kali kita mendengar mutual-mutual friend kita di FB, mahupun orang yang kita following, ataupun orang-orang disekeliling kita, ada di antara mereka sering kali mengingatkan gadis-gadis melayu supaya 'memakai tudung'. 

Penulis amat gembira dengan situasi ini kerana peringatan dan pesanan seperti ini sememangnya penting untuk disampaikan dari semasa ke semasa bagi menyedarkan gadis-gadis melayu kita untuk bertudung apabila keluar dari rumah.

Walaubagaimana pun, tidak disangka-sangka masalah atau konflik yang lebih besar muncul apabila kita hanya memaksa mereka memakai tudung. Hal ini kerana, mereka tidak tahu bahawa, Islam tidak pernah menyuruh penganutnya untuk memakai tudung. Akan tetapi, Islam mensyariahkan agar penganutnya menutup aurat, dan tudung atau hijap hanyalah sebagai trend atau fesyen pada zaman sekarang.

Inilah perkara yang berlaku, jika pengetahuan tentang agama begitu cetek, sudah pasti kita tidak dapat lari daripada melakukan perkara mungkar. Lihatlah gambar-gambar di bawah ini, inilah yang terjadi. Mereka semua dilihat amat bagus dari atas, memakai tudung, tapi apakah ertinya bertudung jika begini?







Gambar Selfie Yang Melampau

Laman sosial seperti FB, twitter, intagram dan lain2 walaupun mempunyai kebaikannya kepada masyarakat umumnya, namun dari segi keburukan tetap ada dan penulis rasa adalah lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Tidak lain tidak bukan, keburukannya terserlah dari segi gambar-gambar yang dikongsi oleh pengguna perempuan dan gadis-gadis remaja. Mereka terlalu ekstrem dalam mengupload gambar-gambar yang mana tidak sepatutnya dikongsi di media-media sosial.

Mengapa mereka tidak boleh mengongsi atau mengupload semua gambar mereka secara membuta tuli? 
Penjelasannya mudah, pertama sekali dari sudut agama sememangnya gambar-gambar mendedahkan aurat dan menghairahkan tidak patut dikongsi. Selain itu, cuba kita fikir kesannya kepada pemikiran kanak-kanak yang berusia bawah 17 tahun. Seharusnya mereka tidak sepatutnya didedahkan dengan gambar-gambar yang begitu ghairah pada seawal usia mereka.

Gambar-gambar di bawah ini tidak sesuai untuk tontonan remaja bawah 17 tahun: