Merungkai Misteri UFO Atau Mahluk Asing Menurut AL-QURAN




KEWUJUDAN MAKHLUK ASING UFO MENURUT AL-QURAN 

Ramai yang tertanya-tanya apakah benar makhluk asing itu wujud? Mungkinkah di planet lain ada makhluk lain yang juga hidup seperti tamadun manusia?


Soalan:
Ramai yang mendakwa makhluk asing dari angkasa lepas (UFO) wujud. Benarkah dakwaan itu. 

AID, Johor.

Jawapan:
Allah SWT berfirman dalam surah asy-Syura ayat 29 bermaksud:

Dan antara tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang ia biakkan pada keduanya daripada Daabbah (makhluk yang melata). Dia berkuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

Ayat ini adalah umum mengenai makhluk Allah SWT yang bertebaran di langit dan bumi. Dari segi bahasa, kalimah Daabbah (makhluk yang melata) diambil daripada kata akar yang bererti berjalan dengan sangat halus. Secara pastinya, perkataan Daabbah tidak digunakan dalam erti malaikat.

Menurut pakar bahasa al-Quran, ar-Raghib al-Ashfahani, perkataan itu digunakan bagi haiwan yang berjalan, tetapi banyak digunakan untuk serangga.

Ada juga ulama tafsir yang memahami kata langit pada ayat terbabit dengan awan dan Daabbah ialah burung seperti dikemukakan Muhammad Thahir dalam kitab tafsirnya, at-Tahrir.

Pada pandangan saya, pendapat itu tidak didukung ayat ini dan ayat al-Quran lain. Ayat ini menggunakan bentuk jamak bagi langit, ia bukan semata-mata langit yang kita lihat. Di samping itu, pada ayat 38 surah al-An'am, Allah SWT membezakan antara Daabbah dengan burung seperti dalam firman-Nya:

Tiada satu Daabbah di bumi dan tidak pula burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya melainkan umat juga seperti kamu.

Apa yang dimaksudkan dengan Daabah? al-Quran menyatakan kalimah Daabah bermakna umum, tidak diertikan dengan sesuatu. Justeru, sukar kita menentukannya. Ada baiknya kita renung sikap ditunjukkan Khalifah Umar ketika membaca surah Abasa ayat 25 hingga 32 iaitu:

Sesungguhnya Kami (Allah) benar-benar mencurahkan air dari langit, kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun yang lebat dan buah-buahan serta Abba sebagai kesenangan untuk kamu dan binatang ternakmu.

Menurut riwayat ini ada tongkat di hadapannya lalu beliau patahkan tongkat itu kerana kesal tidak faham makna perkataan abba. Tetapi, beliau sedar dan berkata kepada dirinya:

Demi Allah, ini (mencari sesuatu di luar jangkauan akal) adalah bersikap berlebih-lebihan. Padahal tidak rugi andai tidak mengetahui makna abba.

Menurut Muhammad Abduh, Saidina Umar tidak melarang kajian makna kalimah al-Quran atau membincangkan permasalahan berkaitan dengannya.

Beliau ingin mengajar mengimani kandungan al-Quran sekalipun tidak mampu memahami secara terperinci. Banyak ayat al-Quran tidak jelas bagi generasi terdahulu, tetapi kini jelas maknanya kerana perkembangan ilmu.

Mungkin ia tidak jelas, tetapi akan jelas pada masa akan datang dengan penemuan baru. Siapa tahu penjelajahan manusia ke angkasa dapat memberikan maklumat yang lebih tepat dan memuaskan.


p/s: dan boleh jadi, jawapan yang tepat buat kita sekarang adalah firman Allah SWT yang menjadi pengajaran bagi manusia iaitu:

Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang ada di semua langit - al-Israk ayat 55.



Waallahu'alam

Pelajar Maraton Hilang, Azan Mula Dilaungkan


Mimpi Aneh : Pelajar Maraton Hilang Di Sekitar Pokok Besar Di Sekayu, Azan Mula Dilaungkan | Seorang pelajar tingkatan empat Ahmad Rafikin Azman hilang ketika menyertai acara Maraton Gajah Terom di Sekayu, Kuala Berang petang semalam.

Perkara itu disedari bapa mangsa, Azman Othman yang datang untuk menjemputnya jam 3 petang semalam, tetapi pelajar itu tidak muncul di garisan penamat tanpa diketahui puncanya.

Pada malam sebelum kejadian, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu berkhemah di lokasi marathon berkenaan yang dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.

Sumber berkata, pihak urusetia memaklumkan Ahmad Rafikin hanya sempat melepasi checkpoint pertama saja dan selepas itu tidak dapat dikesan.

“Sehingga jam 4.30 petang tadi, pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui mangsa dan operasi masih diteruskan,” katanya.

Seramai 42 anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela dan penduduk kampung setempat mengambil bahagian dalam operasi mencari.

Adik Nor Hayati dari Sekolah Sekolah Sri Berang mendapat alamat dari mimpinya semalam mangsa hilang di sekitar pokok besar di laluan trek marathon Gunung Gajah Terom.

Antara kumpulan sukarelawan yang turut serta dalam SAR membuat persiapan untuk bermalam di Hutan Lipur Sekayu.

Kumpulan yang terdiri dari 6 orang ini masuk pada jam 5 petang dan tiba di sekitar lokasi mangsa hilang pada jam 7 malam.

Ahli kumpulan ini mendakwa mereka mendengar seperti sahutan yang kurang jelas. Walau apa pun, usaha mencari masih meneruskan pelbagai ikhtiar dan usaha untuk mencari adik Rafikin.

UPDATE 10am: Lintas Langsung dari SAR Hutan Lipur Sekayu

Pasukan Penyelamat telah mendengar laungan dua kali meminta tolong daripada suara yang disyaki mangsa hilang di Air Terjun ke-7 di Sekayu selepas melaungkan azan. Usaha mencari dan menyelamat dipergiatkan lagi. Doakan adik Rafikin ditemui dalam keadaan yang selamat




10Tahun Terputus Hubungan Tauke Jambu Akui Rindu Anak-Anak





Pelawak ini sering dikaitkan dengan ramai wanita cantik dan tidak kurang juga yang memanggil dirinya sebagai playboy kerana sering bertukar teman wanita namun tidak ramai tahu yang Tauke Jambu menanggung rindu dek sedekad tidak berjumpa anak anak.

Bercakap kepada portal GUA Tauke mengakui yang beliau sudah 10 tahun tidak berjumpa dengan tiga orang anak anaknya hasil perkahwinan pertama.

“Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya. Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka,” jelas Tauke.

Tauke berkata beliau pernah terjumpa satu profile anaknya melalui Facebook namun beliau terus disekat selepas cuba menghubunginya.

“Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka & berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti,” tambahnya lagi.



Memori Dato’ Siti Nurhaliza Ketika Mengambil Ujian Memandu






Oh memori. Sudah lama rasanya tidak kami tidak menatap gambar Dato’ Siti Nurhaliza ketika beliau sedang meniti puncak populariti & koleksi gambar ini memang kena masanya.

Enam keping gambar yang di’kongsikan oleh seorang peminat hiburan di forum Cari menunjukkan Dato’ Siti Nurhaliza sedang menjalani ujian untuk lesen memandu beliau.

Koleksi gambar yang rare ini mungkin di’ambil sekitar tahun 2000 dan ketika itu memang Dato’ Siti Nurhaliza sedang enak mengecapi populariti beliau sebagai penyanyi.

Tulis banyak tiada berguna, jom layan gambar yang penuh nostalgia ni.. Lagi gambar Dato’ Siti Nurhaliza ambil lesen memandu selepas ini. Anda sudah ada lesen? 










Gambar Siti Saleha Yang Menyeramkan Di Party Halloween


GAMBAR FESYEN PALING MENAKUTKAN SITI SALEHA DI HALLOWEEN PARTY | Seram pula kami tengok gambar Siti Saleha ketika menyambut Halloween Party baru-baru ini. Bukan sahaja kerana pakaian seksinya yang berwarna merah malah tanduk pada kepala dan gincu hitam melampu di bibirnya.

Nampaknya, Halloween Party yang biasa disambut di negara Eropah kini mula mendapat tempat di kalangan artis-artis Malaysia dewasa ini.

Tahun lepas sahaja, ramai artis turut terlibat sama dan tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berseronok di dalam parti ini. Tak percaya, korang tengok sendiri gambar Siti Saleha di bawah. Memang seram pula di buatnya, tak gitu?



Kerana Aset Terlalu Besar Wanita Ini Gagal Meloloskan Diri Celah Batu

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan wanita berkenaan tersepit di celah bongkah batu.


Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.

Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu.

Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003.

Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil.

Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.

Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. - Agensi

Mengejutkan Inilah Kenderaan Johan Pergi Kerja




Gambar Mengejutkan, Inilah Kenderaan Johan Raja Lawak | Dengan status pelawak popular dan memenangi pelbagai pertandingan, Johan Raja Lawak boleh dikatakan sudah berjaya dan sudah tentu kaya dan murah rezeki.

Hadiah-hadiah kemenangan Johan sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit dan itu belum lagi gaji di Era FM dan juga kerja-kerjanya yang lain.

Dengan kejayaan dan betapa murahnya rezeki Johan Raja Lawak ini, ramai yang tak sangka kenderaan yang dinaiki oleh Johan untuk pergi ke kerja di Era FM. Ramai sangka Johan naik kereta mewah tetapi beliau hanya menaiki motor ke tempat kerja.