Showing posts with label prasejarah. Show all posts
Showing posts with label prasejarah. Show all posts

Nostalgia Perhikmatan Bas Mini 1975 - 1998


Inilah Nostalgia Perkhidmatan Bas Mini KL Dari 1975-1998

"MASUK, masuk, masuk... dalam lagi! Penuhkan belakang. Yang belakang tu masuklah dalam lagi... boleh lagi tu... orang lain pun nak naik juga" !  ....
“Lebuh Ampang... Lebuh Ampang... Bangkok Bank... Bangkok Bank... Chow Kit.. Chow Kit...”

Segmen Tahukah Anda kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kenderaan awam yang popular di Malaysia suatu ketika dahulu.. Masih ingat lagi dengan Bas Mini? Memetik sumber dari Wikipedia, kami kongsikan sedikit info untuk anda..


Perkhidmatan Bas Mini Kuala Lumpur atau Bas Mini merupakan antara pengangkutan bas awam tertua dan paling popular di Malaysia, merangkumi kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Bas-bas berkenaan dicat dengan warna asas merah jambu berserta jalur putih pada bahagian tepi, serta mempunyai muatan sekitar 20-30 penumpang, berikutan saiznya yang kecil. Bas kerkenaan beroperasi berasaskan sistem komisen, dengan pengusaha perkhidmatan dibayar mengikut jumlah kutipan tambang.

Perkhidmatan bas mini dihentikan mulai 1 Julai 1998 serta digantikan dengan perkhidmatan bas Intrakota dan kemudiannya, Bas rapidKL pada tahun 2005.



Sejarah ringkas
Perkhidmatan bas mini bermula pada 23 September 1975 di bawah Kementerian Pengangkutan. Pada masa itu, bas mini beroperasi pada pelbagai laluan mengikut warna bas masing-masing (biru-putih, kuning-putih, merah-putih, ungu-putih dan hijau tua-putih). Bas mini berkenaan bertanggungjawab mengendalikan sehingga hampir enam puluh laluan berbeza. Tiga syarikat utama (Syarikat Kerjasama Pengaman (M) Bhd, Bas Mini Wilayah dan Konsortium Pengusaha Bas Mini Sdn Bhd) memonopoli kebanyakan laluan bas sementara pengusaha yang lebih kecil dibenarkan beroperasi di tempat tertentu sahaja.

Pada tahun 1975, semasa bas mini diperkenalkan sebagai satu bentuk perkhidmatan, tambang bas asalnya cuma 40 sen. Kemudian pada tahun 1991, tambang dinaikkan ke 50 sen dan dua tahun kemudian, tambang dinaikkan lagi kepada 60 sen. Bas mini tidak mempunyai jadual waktu tetap. Sebaliknya, perkhidmatan dijalankan berasaskan komisen di mana pengusaha dibayar mengikut bilangan trip serta kutipan tambang dalam sehari. Kadang-kadang, untuk bersaing dengan pengusaha lawan, pemandu mungkin akan melencong daripada laluan asal sehingga menyusahkan penumpang.

Pada tahun 1990, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Paduka Rahmah Osman, menetapkan warna piawai bas mini kepada "merah jambu" dan putih. Pada 1 Julai 1998, perkhidmatan bas mini dihentikan di bandar raya Kuala Lumpur.


Sejarah Kota Pompeii Yang Hilang dan Penduduknya Lenyap




Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah manusia batu yang terbentuk akibat bencana alam yang dahsyat. Sungguh mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi, hayati kisahnya..

Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Senario biasa dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.

Sehinggalah tiga hari kemudiannya, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku sebenarnya?..




Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi 







Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan..!Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah 
bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum homoseksual. Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.Peristiwa ini berlaku selepas gunung berapi Vesuvius tiba-tiba sahaj bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama kemudian, Kota Pompeii hancur seluruhnya. 

Mana-mana binaan bangunan disapu rata, para warga menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu, sebuah kota yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya terbongkar kembali.Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnyamembangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.





Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Informasi dari Al Quran Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk difahami iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran bumi Pompeii ini mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Al Quran sebagaimana maksud : 

“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan sahaja maka tiba-tiba mereka semuanya mati”(Surah Yaasin, Ayat 36:29).

Begitulah kisah yang terjadi kepada penduduk zaman purba di Kota Pompeii. Seharusnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut agar tidak terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Fikir-fikirkan lah ….


Membongkar Rahsia Pembinaan Piramid Di Dalam Al-Quran

                                             

Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid! Menurut kajian tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Ternyata Lebih Dulu Punya Jawapan

Jika difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400 tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al Quran yang berikut:




وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual alias olahan tanah liat.

 

Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.



Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam dan batu buatan.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat."



Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Sebuah gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Romania atau Firaun!




Subhanallah! bukti menakjubkan yang menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika dan Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.





Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid menggunakan TANAH LIAT.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari. 

Gempak! budak 11 Tahun Menemui Fosil Mammoth Berusia 30,000 Tahun



Penemuan unik baru saja dilakukan oleh seorang seorang budak 11 tahun apabila menemui Fossil Woolly Mammoth yang berusia 30,000 tahun di daerah Taymyr mosccow. Ini adalah satu penemuan yang mengejutkan dan agak hebat bagi budak yang masih berusia 11 tahun untuk menemui fosil tersebut.

                                      

Yevgeny Salinder, 11, menemui fosil seberat 500 kilogram itu ketika menggali di belakang rumahnya.
Saintis percayai ia adalah fosil sama pernah dijumpai di Rusia, tahun lalu. (LINK)

Budak lelaki ini mungkin bercita-cita untuk menjadi seorang arkeolog nantinya, sehingga dia bertingkah seperti seorang saintis yang sedang mencari penemuan bagus dengan menjelajah kawasan dekat rumahnya, iaitu di kawasan Taymyr, sebelah Utara Rusia. 

Saintis percayai ia adalah fosil sama pernah dijumpai di Rusia, tahun lalu. Hal yang menakjubkan, Yevgeny malah menemukan bangkai Mammoth (mammoth) yang masih dalam baik. Jurucakap saintis berkata, ketika ditemui fosil itu tidak rosak.

“Gading, tulang rusuk dan mulutnya dapat dilihat jelas," katanya.

Mammoth adalah haiwan purba yang masuk dalam jenis gajah. Orang ramai lebih senang menyebutnya dengan sebutan gajah purba. Ukuran tubuh mammoth lebih besar dibandingkan gajah normal yang hidup di zaman ini, dan juga haiwan ini memiliki bulu yang panjang.

Setelah tertegun melihat apa yang dia temukan dari hasil menggalinya, budak ini terus memberitahukan hal tersebut kepada orangtuanya.
Kemudian, berita ini menarik perhatian para arkeolog dan pengkaji Rusia sehingga mereka pun datang ke tempat tersebut untuk meninjau bangkai tersebut.

Para pengkaji yang menyelidiki keadaan bangkai mammoth jantan ini diperkirakan bahwa haiwan purba ini sudah terkubur selama 30.000 tahun. Alexei Tikhonov, seorang saintis spesialis mammoth dari Akademi Ilmu Pengetahuan Rusia mengatakan bahwa petemuan seperti ini terakhir kali ditemukan pada 1901. Tidak disangka kalau lebih dari 100 tahun, baru ditemukan kembali bangkai haiwan purba ini.

Fosil gajah itu kini dinamakan sebagai Zhenya mengambil nama samaran Salinder dan akan dikaji lebih lanjut oleh para saintis.
SUMBER : Dailymail, Gempak.org,Google

 Memang gempak la budak baru berusia 11 tahun boleh menjhumpai fossil yang begitu besar just di halaman rumah jer. Ini adalah salah satu penemuan yang menakjubkan dan yang menariknya fosil yang di jumpai tersebut di berikan nama budak yang menemuinya