Showing posts with label berkabung. Show all posts
Showing posts with label berkabung. Show all posts

Gila Gajet! Kerana iPhone6 Peminat Fanatik Berkampung



NEW YORK 5 Sept. - Walaupun iPhone 6 belum dilancarkan, namun peminat-peminat gajet keluaran Apple Inc. sanggup 'berkampung' di hadapan sebuah kedai yang menjual jenama itu, seminggu sebelum pelancaran telefon baharu itu yang akan diadakan esok.

Menurut Mail Online, peminat gajet itu mengambil kesempatan daripada pelancaran telefon pintar itu dengan menjadikannya sebagai peluang perniagaan dengan beratur di luar kedai tersebut menjelang pelancaran telefon baharu itu.


Pasangan Jason dan Mon Ray dari Austin, Texas, tiba di New York sejak tiga minggu lalu semata-mata untuk mendapatkan telefon baharu selepas ditaja oleh syarikat aplikasi baharu, Video Medicine.

Dengan hanya memakai baju T milik syarikat yang menajanya, pasangan itu sanggup 'berkampung' selama tiga minggu untuk mendapatkan iPhone baharu itu yang akan dijual kepada orang ramai mulai 19 September ini.

Ray menyediakan khemah sendiri dan tidur di dalam khemah yang dibina di hadapan kedai tersebut.Bagi Joseph Cruz dari Staten Island, pula, dia tiba semalam turut 'berkhemah' di situ semata-mata untuk menjadi pembeli 'nombor satu' gajet itu bersama-sama 
sepupunya.

Ini bukan kali pertama, Cruz 'berkhemah' di hadapan kedai tersebut untuk mendapat iPhone baharu sebelum ini."Saya paling tua di sini dan telah melakukan 'perkara' ini setiap tahun dalam tempoh lima tahun," ujarnya.Cruz berkata, sepupunya turut beratur dan menunggu untuk mencari pengalaman.Mereka turut mendapat tajaan daripada syarikat Video 
Medicine. - Utusan


Apakah Hukumnya Berkabung Dalam Islam ?



Soalan: Apakah hukumnya berkabung dalam islam?

Jawapan :
Amalan berkabung bagi menghormati kematian seseorang adalah harus dan tidak bercanggah dalam Islam, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Bagaimanapun, katanya amalan itu tidak boleh dilakukan secara berlebihan dengan penganjuran upacara tertentu yang dilarang oleh Islam.

"Dalam agama Islam, seseorang isteri yang kematian suami disunatkan untuk berkabung selama tiga hari sahaja untuk menunjukkan kesedihan dan kesetiaan terhadap suaminya. Namun, kesedihan itu tidak boleh berlebihan seperti terlalu meratapi kematiannya," katanya.

Beliau berkata lagi mengikut Islam, amalan mengibarkan bendera separuh tiang berikutan kematian mangsa seperti tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 adalah harus selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam