Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

JOm Layan..Rumah Bawah Tanah Yang Menakjubkan Di Australia


 Gambar-gambar di bawah bukanlah gambar-gambar yang dia ambil di planet dari galaxy yang lain.Tetapi gambar ini sebenarnya di ambil dari Coober Pedy, yang merupakan sebuah bandar yang terletak di kawasan yang terik matahari pembakar di padang pasir Australia.

Hampir 2,000 orang membuat dan membina rumah mereka seperti gua di bawah tanah untuk melindungi diri mereka daripada panas yang kadang-kadang mencecah 120 ° F. 

Gambar di atas adalah bilik tidur. Saya rasa jika anda berasa sempit anda hanya perlu menganbil spades dan menggali almari atau meluaskan kawasan anda.









Biar Betul !! Biar Rumah Ku Di Tengah-Tengah Jalan Raya


 Menurut Luo, pampasan ditawarkan kerajaan tidak mencukupi untuk menampung kos pembinaan semula rumahnya. Sebelum ini, bangunan persendirian di China dirobohkan dengan mudah bagi memaksa orang awam berpindah ke tempat lain.

Namun, undang-undang kini diperketatkan dan mana-mana pihak dilarang sama sekali merobohkan bangunan persendirian secara paksa atau tanpa persetujuan dengan pemiliknya


 Golongan pemilik bangunan yang berdegil itu dikenali sebagai “Pemilik Paku” – merujuk kepada paku yang sukar dicabut dari kayu lama tanpa menggunakan tukul besi. Awal tahun ini, sepasang suami isteri warga emas yang menetap di dua bangunan usang bersama anak lelaki mereka di Taizhou, Zhejiang, bersetuju pada peringkat awal menjual kediaman mereka selepas menerima pampasan bernilai RM39,000.

Namun, mereka menukar fikiran dan memulangkan wang pampasan berkenaan sejurus selepas kerja membina jalan dimulakan. Dalam kes lain, juga awal tahun ini, dua penduduk Zaozhuang bertegas enggan meninggalkan rumah mereka yang sepatutnya dirobohkan pemaju tempatan.


Kedegilan itu menyebabkan pasangan berusia 60-an itu hidup di tengah-tengah projek pembangunan pencakar langit.

rumah Biar Betul!! Berumah Di Tengah Tengah Lebuhraya?

Pasangan terbabit juga sering diganggu samseng, selain menghadapi beberapa cubaan merobohkan rumah berkenaan. Kemudahan asas di situ dipotong pada 2009, selaras dengan projek pelaksanaan pembinaan di sekitar rumah berkenaan