Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Kenapa Kanak-Kanak Palestin Menjadi Sasaran Zionis




Peperangan antara Rejim Yahudi dan Palastin semakin parah.Walaupun peningkatan kematian orang awam di kalangan penduduk Palestin,ia tidak memberi sebarang rasa perikemanusiaan daripada pihak Zionis.Sedar atau tidak,Rejim Zionis telah membunuh lebih ribuan orang awam Palestin.Dan yang mengejutkan hampir 75% daripadanya ialah kanak-kanak dan wanita.

Apakah tujuan mereka menjadikan golongan yang lemah itu sebagai sasaran utama.Pasti ada maksud di sebalik tindakan yang tidak berperikemanusiaan mereka itu.Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa rejim Zionis sanggup membunuh anak-anak Palestin? Ada yang kata memang tabiat Zionis yang kejam dan biadab, ada juga yang berkata rejim Zionis itu takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga. Inilah antara sebab mengapa rejim Zionis menjadikan kanak-kanak Palestin sasaran operasi mereka selain kumpulan Hamas.

Salah satu pimpinan Hamas, Ismali Haniya berkata kanak-kanak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini sesungguhnya menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.
"Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?" Demikian pemikiran yang berkembang di fikiran orang-orang Yahudi. 

Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang disekat dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus berinteraksi dengan al-Quran. Tidak ada main Play Station atau game bagi mereka. 



Seperti yang kita ketahui bahawasanya Hamas mengenakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi ahli mereka, diantaranya Hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu terutama sekali solat subuh. Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap saat tapi itu semua tidak mengugat niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh Agama Islam.

 Israel sememangnya gagah dalam segi jumlah pasukan dan peralatan tempur yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.

Rahsia Senjata Pejuang Palestin Yang Ramai Tidak Tahu





Pendahuluan

Alhamdulillah, was Syukru ila ALLAH. Dengan limpahan Rahmat daripadaNYA, masih dapat kita merasai nikmat iman dan Islam disamping dapat melaksanakan amal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Selawat dan Salam ke atas penghulu kita, Baginda Nabi Muhammad Rasul Mulia, serta ke atas sekalian para Itrah Ahli Baitnya, semoga kedatangan Imam Mahdi dipercepatkan demi membela nasib ummat Islam.

Tanpa membuang masa, saya ingin berkongsi kepada anda semua sebuah artikel nukilan saya berkenaan beberapa informasi perang di Palestin yang tidak kita ketahui. Jom sama-sama kita baca....


Rahsia Senjata Palestin Yang Tidak Kita Ketahui


1. Supplier roket terbesar untuk pejuang Hamas dan Briged Izzuddin Al-Qassam adalah Iran.

2. Antara roket dan bahan api yang telah mereka supply kepada Gaza adalah Fajr, Qassam, Katuyasha, Scud dan beberapa buah roket lagi bagi tujuan menggempur Israeli Occupied place. Kesemua roket itu adalah buatan Iran dan Soviet Union (sekarang dipelopori Russia).

3. Selain Iran, penyumbang utama kepada kelengkapan perang dan juga taktikal perang Hamas serta Briged Izzuddin Al-Qassam adalah Hizbullah dan juga Syria.

4. Kebanyakan pejuang Hamas menerima latihan taktikal komando daripada perjuang Hizbullah di Lubnan dan juga Syrian Arab Army, di Syria.

5. Pada 1980, Syria telah memulakan kajian ke atas pembangunan roket buatan mereka sendiri. Projek ini dipelopori oleh bapa kepada Bashar, iaitu Hafiz Al-Assad.

6. Syria telah mengikat kerjasama dengan Iran dalam membangun ujikaji pembinaan roket buatan mereka sendiri selepas mereka mendapati bahawa roket-roket buatan Soviet Union sudah tidak relevan untuk menembusi benteng kawalan perang Isreal, musuh ketat negara-negara Islam disekelilingnya.

7. Kerana itu, Hafiz Al-Assad telah memulakan kempen ujikaji tersebut bagi membangunkan senjata yang lebih hebat dan baru untuk tujuan persediaan menentang Isreal. Mereka telah membelanjakan lebih 2 juta Euro bagi tujuan research tersebut, dimana sebuah M-302 buatan mereka menelan belanja sekitar 600 Euro.



(M-302 C buatan Syria di dalam terowong ketika penyeludupan)


8. Pada tahun 2000, Bashar Al-Assad menaiki takhta pemerintahan di Syria dan dibawah pemerintahannya, Syria telah menjadi supplier utama roket kepada Hizbullah di Lubnan.

9. Syria telah menghantar M-220 Urugans dan M-302s buatan mereka sendiri kepada Syeikh Hassan Nasrallah pada tahun 2000 dan 2001.

9. Ketika kempen pernag Hizbullah - Isreal pada 2006, itulah pertamakalinya roket M-302s diguna pakai dalam peperangan di mana, roket tersebut telah ditembak daripada semenanjung Lubnan ke dalam wilayah Isreal.

10. Ketika itu, tujahan paling jauh direkodkan adalah sejauh 50 batu ke selatan Lubnan menembusi kota Hadera.

11. Pada 28 Julai 2006, Syeikh Hassan Nasrallah, ketua Hizbullah telah membuat pengumuman di kaca TV melalui siaran televisyen Al-Manar, memberitahu bahawa roket yang mereka gunakan itu adalah buatan Syria dan dinamakan Kaibar-1 (M-302s).

12. Nama Khaibar digunapakai sempena memperingati Battle of Khaibar dan signifikannya ialah, roket tersebut mampu pergi sejauh 100KM yang mana ia lebih jauh berbanding roket Katuyasha buatan Soviet Union yang menjadi artileri terawal milik Hizbullah yang diimport daripada Russia melalui Iran.

13. Setelah peristiwa perang 2006, Syria telah mula membangun lebih banyak kepelbagaian dalam binaan M-302 nya dan akhirnya, pada akhir 2013, Syria telah berjaya mencipta M-302 terakhir mereka sebelum menghantarnya ke Iran melalui penerbangan udara terus dari Lapangan Terbang Damaskus ke Tehran, Iran.

14. Ketika itu, Syria sedang berhadapan dengan kempen perang melawan golongan takfiri dan juga khawarij yang diapikan oleh semangat 'jihadis' versi Al-Qaeda dan juga teroris.

15. Pada awal 2014, Iran telah selesai membangunkan teknologi tambahan ke atas Roket M-302 dan seterusnya pada akhir bulan tersebut, Iran telah menghantar sebanyak 40 buah roket tersebut ke Bandar Abbas, sebuah bandar paling selatan di Iran.

16. Kargo memuatkan 40 buah roket tersebut kemudiannya dihantar menaiki Klos-C ke Umm Qasr, sebuah kota di Iraq dan melalui beberapa fasa pemindahan. Selepas itu, kargo tersebut telah dilayarkan ke Port Sudan, Sudan.

17. Dari situ, kargo tersebut telah diseludup masuk ke Semenanjung Gaza melalui jalan darat melalui Mesir dan terus ke Gaza.

18. Hal ini telah diakui sendiri oleh Israeli Defense Force yang mana, Benjamin Netanyahu sendiri telah mengecam perbuatan Iran dan menyifatkan tanggapan dunia sebagai tidak adil kerana memberi laluan kepada penyeludupan senjata untuk tentera Hamas dan Izzuddin Al-Qassam.

19. Terkini, dalam kempen perang Julai 2014, Izzuddin Al-Qassam Martrys Brigade telahpun melancarkan roket M-302 pertama yang mereka terima daripada Syria dan Iran pada Selasa lepas bersamaan 8 Julai 2014.

20. Roket tersebut telah diberi nama Rantisi-160 a.k.a R-160.

21. Mengambil nama sempena pengasas bersama Hamas, As-Syahid Dr Abdel Aziz Rantissi, roket terbaru buatan Syria itu telah mampu mencecah 160 batu jauh bersamaan lebih kurang 257 kilometer.

22. Roket terbaru ini dikategorikan sebagai M-302 D oleh pihak Israeli Defense Force dimana, ini adalah rekod terbaru yang berjaya dicipta oleh Pejuang Hamas dan sayap kanan perang mereka, Briged Izzuddin Al-Qassam iaitu menembak kota Haifa iaitu 150 ke Utara dari Gaza.

23. Sehingga kini, lebih 80 buah roket telah ditembak oleh Izzuddin Al-Qassam Martyrs Brigade ke dalam bandar-bandar besar Isreal dengan sebanyak 21 buah roket telah berjaya dihancurkan di udara oleh tentera Isreal menggunakan Iron Dome, buatan bersama antara Isreal dan Singapura.

24. Sehingga kini, korban perang telah mencatatkan lebih 53 orang di pihak Palestin dengan lebih 450 orang dilaporkan cedera. Pada 8 Julai 2014, Israeli Defense Force telah melancarkan sebuah operasi ketenteraan yang dinamakan "Operation Protective Edge".

25. Antara korban besar di pihak Hamas adalah, syahidnya seorang komandan perang Briged Izzuddin Al-Qassam, iaitu As-Syahid Jenderal Hafiz Hamad bersama-sama 5 orang rakannya yang sedang dalam rancangan menggempur benteng Israel di Utara Gaza. Mereka terkorban akibat serangan udara oleh Israeli Air Force (IAF).

26. Sehingga kini, Turki, sebuah negara yang kononnya Islamik telah menghentikan penerbangan Pegasus Air milik negara mereka dari memasuki lapangan terbang Isreal. Turki adalah antara negara Islam yang menjalin hubungan secara terang-terangan dengan Isreal tanpa segan silu.

27. Pagi ini, kedutaan Amerika Syarikat juga telah ditutup di Tel Aviv, Israel bagi bertujuan persediaan terhadap sebarang kemungkinan.

28. Sebanyak 40 ribu tentera Israeli Defense Force telah dikerahkan untuk bersiap sedia bagi menggempur Gaza melalui jalan darat dan untuk menghadapi serangan Komando Izzuddin Al-Qassam.

29. Khaled Meshal, pemimpin Hamas telah mengeluarkan kenyataan rasmi di kaca TV mereka pada hari ini berhubung isu perang ini. Menurutnya, pihak Isreal harus menghentikan serangan ke atas Palestin sekiranya mahu pihak tentera Palestin berhenti menyerang Isreal.

30. Hal ini sebenarnya menunjukkan bahawa simpanan bekalan perang Hamas dan Izzuddin Al-Qassam sudah hampir habis dimana hampir kesemua 40 buah M-302 buatan Syria sudahpun dilancarkan termasuk beberapa puluh roket M-17, buatan Iran.

31. Perang ini dijangka akan berakhir sekiranya salah satu pihak mengangkat gencatan senjata bagi tujuan membaikpulih infrastruktur, merawat mangsa perang dan menambah bekalan persenjataan.

32. Kita harapkan agar peperangan ini berakhir dalam tempoh terdekat bagi memberi laluan kepada para perjuang Hamas dan Izzuddin Al-Qassam untuk memperkuat benteng mereka serta menambah bekalan persenjataan mereka.

33. Kita doakan agar para Perjuang Hamas dan Izzuddin Al-Qassam dapat terus bertahan menjadi benteng paling hadapan bagi saudara seagama kita di Palestin.



Penutup

Teruskan berdoa wahai saudaraku sekalian. Tiada apa melainkan doa yang dapat kita iringkan buat mereka di sana... sesungguhnya, perang kali ini adalah pengalih isu media daripada isu di Timur Tengah. Pihak media barat dengan kerjasama Israel telah menggunakan isu ini di saat umat Islam sedang berpuasa dan dunia sedang asyik menonton perlawanan bola sepak piala dunia, mereka menyerang Gaza untuk menutup cerita pembersihan agama dan etnik di Timur Tengah.

Berhati-hatilah kita dalam menerima apa sahaja berita secara mentah-mentah. Lakukanlah sedikit pencarian di internet untuk mengetahui cerita sebenar disebalik apa sahaja yang dihidangkan dimedia semasa.

Anda boleh mempertikaikan apa yang saya sajikan kepada anda di atas ini, namun jangan terus membabi buta menghentam saya sekiranya anda merasa info ini berat sebelah kepada blok-blok Syiah. Mungkin masih ramai yang belum tahu, sebenarnya negara-negara yang sedang diperangi oleh para 'jihadis' versi Al-Qaeda dan teroris sekarang ini termasuk Syria, Iran, Lubnan, Iraq, Sudan, Mesir dan beberapa buah lagi negara adalah negara yang banyak membantu para perjuang Hamas dan Izzuddin Al-Qassam tanpa kita ketahui.

Kita telah dimomokkan dengan pelbagai berita bahawa negara-negara tersebut dipenuhi dengan orang-orang Syiah yang kafir dan wajib kita perangi. Namun, hakikat sebenar adalah sebaliknya. Merekalah yang banyak membantu Palestin dari segi ketenteraan dan negara-negara Timur Jauh termasuk Malaysia dan Indonesia pula adalah penyumbang dana terbesar untuk belanja makanan, pendidikan serta hospitaliti untuk Gaza dan Palestin.

Sejarah ini ramai yang tidak mengetahuinya. Indonesia pula mempunyai sebuah hospital besar sendiri di Gaza di mana mereka telah merawat ratusan rakyat Palestin yang sakit akibat perang dan juga penyakit lain. Manakala, Malaysia juga sudah banyak membuka pusat-pusat rawatan di sana disamping mempunyai kilang roti terbesar di Palestin yang mana mampu menampung bekalan makanan untuk ratusan rakyat Palestin.

Sesungguhnya, sekiranya kita membantu agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kita. Jual lah diri kamu untuk agama, nescaya ALLAH akan membeli jiwamu dengan nilainya....

Kini, persoalan saya, berapakah nilai diri kita yang telah kita jual untuk agama ini ????

Renung-renungkan dan sama-samalah kita fikirkan kembali.

InsyaALLAH, saya akan menulis satu artikel berkaitan isu di Timur Tengah tak lama nanti...

Semoga, kita semua sama-sama dapat dihindarkan daripada fitnah akhir zaman dan juga fitnah dajjal yang sedang keluar bermerajalela ini.

Sekian dahulu catatan saya,

Sejarah Adolf Hitler Dan Apakah Hubungannya Dengan Mufti Besar Palestin




Satu pendedahan yang agak menggemparkan dunia muncul pada tahun 2006 (laporan dari sumber asal) apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar..
Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler ini?


Adolf Hitler

Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dimaki sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.



Divisyen Ke-13 Waffen SS Hanzar

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 buah kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 buah pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di dunia Balkan.

Hanzar adalah dalam perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.

Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Haji Amin Al Husseini

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua amat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa mengatur gerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi dalam agama Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.

“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” katanya.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.

Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau Peminpin yang sekejam itu?. Ataukah hanya helah media barat yang memang berat sebelah.

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad pada tahun 2006 (laporan sumber asal) mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.