Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Lawak Troll Yang Akan Membuat Akan Anda Geram


Jika dilihat, isu pengguna tertipu dengan tektik penipuan scam ini bukanya baru, anda pasti pernah menerima pesanan teks yang berbunyi, “Tahniah, sim card anda memenangi RMxxxxxxx”.

Memang hidup di zaman serba teknologi ini begitu banyak taktik penipuan ‘scam’ dilaporkan oleh pengguna.

Perasaan cemas dan marah pasti timbul disebabkan oleh pesanan SMS yang terang-terangan menipu ini dan boleh dikatakan amat menjengkelkan.

Kali ini, melalui gambar yang dikongsikan, lain pula jadinya apabila si pengguna membalas balik dengan menggunakan unsur yang sama kepada si penghantar SMS scam ini dengan bijak.

Inilah yang dipanggil buku bertemu ruas!

Nah, korang bacalah sendiri troll ni. Agak-agak kalau anda jadi si penghantar scam tersebut itu, pasti anda pun akan ‘hangin satu badan’ dibuatnya.

Dan pandai-pandailah korang menilai betul ke tak gambar diatas ye..hehe

Sumber: Mynewshub.cc

Serius Lawak!! Suami Saman Isteri Kerana Melahir Anak Hodoh



Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’.

Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan `cantik’ seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang comel.

Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.

Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai `amat bodoh’, Jian menjadi terkejut.

Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan.

Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan saya,’’ katanya.


Pelik Motorsikal Dengan Muatan Lebih 10 Penumpang


Motorsikal merupakan satu alat pengangkutan yang secara kebiasannya membawa dua orang ssahaja, iaitu seorang penunggang dan seorang penumpang. Itu di negara kita....
Tetapi tidak bagi sesetengah negara seperti Vietnam yang mana motorsikal adalah pengangkutan utama mereka. Kelihatan seperti pertunjukan akrobatik...sebuah motorsikal boleh membawa lebih dari 5 orang! Keselamatan tidak lagi menjadi keutamaan yang penting dapat untuk sampai ketempat yang dituju dengan cepat. Topi keledar?? Tak perlu la...