Sebab Rasullah Melarang Kita Kencing Berdiri



Sebab Rasulullah SAW melarang kencing berdiri

Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.

Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.

Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.

Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:

Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.

Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)


Adab Buang Air Kecil Dan Memasuki Tandas 

Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di tandas (bilik air) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah SAW:

1. Buang air mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat), agar kotoran boleh keluar lancar sehingga tidak menjadi penyebab batu karang mahupun lemah syahwat

2. Menggunakan alas kaki

Menurut kajian di Amerika Syarikat di dalam kamar mandi/bilik air ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk melalui tapak kaki orang yang ada di bilik air tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik air, jangan di dalam bilik air, kerana semakin kotor, lembab dan tidak mengenai sasaran kebesihan.

3. Masuk kamar mandi  /bilik air dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan

Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

4. Beristinjak dengan air dan dengan tangan kiri

Beristinjak (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinjak juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.

5. Jangan merancang/merencana sesuatu di bilik air

Nabi sangat melarang merancang atau membuat suatu rancangan/idea/inspirasi di dalam bilik air, kerana bilik air adalah markas syaitan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik air: “Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan”.

Kerana dikhuatiri rancangan / idea / inspirasi yang didapati berasal dari bisikan syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak mudarat/keburukannya. Begitu juga setelah keluar bilik air, baca istighfar dan doa keluar bilik air. Secara adab dan budaya pun sangat tidak baik, sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau merancangkan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang ramai. Disunahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik air apabila hajat sudah selesai, bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau akhbar.

6. Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi kiblat, apabila lubang bilik air menghadap kiblat hendaklah ketika buang air badan agak diserongkan sedikit

Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam bilik air maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik air beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.

Wallahualam,

Pelanggan Berang Dan Biadap Akibat Peniaga Online Lambat Balas Mesej


Seorang peniaga online telah mendedahkan satu perbualan SMS dengan seorang pelanggan tetapnya yang dilihat tersangat biadab dan kurang ajar.

Wanita yang enggan didedahkan nama itu ternyata bengang dengan tindakan pelanggannya yang secara tiba-tiba menyerangnya dengan bahasa yang tidak enak dibaca.

Dia sebelum ini tidak pernah menghadapi sebarang masalah ketika berurus niaga dengan pelanggannya iaitu Lynda.






sumber: aans1.blogspot

Ameng Spring Artis Pertama Rakam Album Dari Penjara



Kluang: “Saya ingat karier sebagai penyanyi sudah berakhir, tetapi tidak sangka pula rupa-rupanya saya menjadi artis pertama yang ditawarkan merakamkan album di dalam penjara ketika sedang menjalani hukuman,” kata vokalis kumpulan Spring, Ameng Spring yang berpeluang merakamkan albumnya seratus peratus di dalam Penjara Kluang di sini.

Menurut Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 46, ketika dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun lalu, dia berasa masa depannya sebagai anak seni mungkin terkubur di situ ataupun hanya dapat diteruskan selepas tamat menjalani hukuman pada 14 Julai 2016.

“Lebih setahun juga saya bermuram kerana tidak dapat menerima ujian yang menimpa diri, tetapi lama kelamaan barulah saya dapat ‘memujuk’ hati selepas aktif dalam pelbagai program pemulihan di penjara yang banyak menekankan aspek kerohanian.

“Saya menyertai semua program banduan termasuk pertandingan mencipta puisi, lagu dan nasyid dan pernah beberapa kali memenangi pertandingan itu. Bermula dari situlah saya terfikir untuk mencipta lagu dan tidak menyangka hasrat itu disambut baik pihak Jabatan Penjara dan rakan artis,” katanya ketika ditemubual wartawan Harian Metro di Penjara Kluang, di sini.

Menurutnya, berbekalkan gitar yang penggunaannya hanya dibenarkan dua jam seminggu, Ameng Spring mula mencari melodi sesuai di sebalik persekitaran tirai besi itu.



Sumber: Harian Metro

Menarik ~ 5 Pekerjaan Yang Dah Pupus di Telan Zaman

5 Pekerjaan Yang Tidak Lagi Wujud (Menarik!) | Jika sesebuah negara itu dilihat pesat membangun dari segi ekonomi, sudah tentu peluang pekerjaan terbuka luas. Kini, negara kita juga sudah mampu memberikan banyak peluang pekerjaan sama ada dari sektor swasta mahupun kerajaan. Tetapi pernahkah kita terfikir tentang pekerjaan yang ditawarkan pada zaman dahulu. Ini adalah perkongsian tentang 5 pekerjaan yang tidak lagi wujud pada zaman sekarang. Menarik!




1. Tukang Susun Pin Boling
Pekerjaan ini sudah terhapus dengan adanya mesin yang boleh menyusun pin boling secara automatik.


2. Jam Loceng Manusia
Bukan sahaja menggunakan jam loceng yang sebenar, manusia kini lebih kerap dikejutkan oleh jam loceng yang disetkan pada telefon bimbit mereka.



3. Pendengar Radar Kapal Terbang Musuh
Pastinya teknologi masa kini berganda-ganda lebih canggih dalam mengesan radar objek asing di ruang udara mereka.


4. Tukang Nyala Lampu Jalan
Bukan sahaja automatik, malah lampu jalan juga menggunakan teknologi solar pada masa kini



5. Tukang Cerita
Pekerjaan ini bertujuan untuk menghiburkan para pekerja kilang suatu ketika dahulu melalui penceritaan secara lisan.

Genius ~ Playstation2 Antara Senjata Buatan Sendiri Oleh Free Syrian Army Untuk Menentang Rejim Bashar


Free Syrian Army sudah menentang tentera Bashar Al Assad sejak2011. Kelengkapan mereka kuno jika dibandingkan dengan tentera moden Assad yang menggunakan senjata buatan Russia. Ini tidak bermakna mereka akan mudah kalah. Dengan kepakaran dan kekeretifan mereka sendiri senjata-senjata buatan sendiri di bawah dihasilkan. 

Siap ada rudal mesingan dengan sistem kawalan jarak jauh menggunakan Playstation 2. Telefon pintar juga digunakan untuk melakukan serangan roket pada posisi musuh. Moga dipermudahkan perjuangan mereka menentang kekejaman. Meanwhile apa yang kita boleh buat jika di dalam situasi yang sama?




Wajah Ayu Nelydia Senrose Tanpa Mekap Curi Perhatian


Mungkin tidak ramai peminat yang pernah melihat foto Nelydia Senrose tanpa mengenakan solekan di wajah. Ini kerana, kepada Qi Razali itu jarang berkongsi gambar peribadinya tanpa mekap untuk tatapan peminat. 

Kini, korang tak perlu tercari-cari lagi foto Nelydia tanpa mekap. Korang boleh lihat sendiri foto Nelydia tanpa mekap di bawah yang tetap kelihatan cantik dan menawan. Malah kebanyakkan peminatnya di laman sosial mengakui pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu memiliki kejelitaan dan kecantikan yang semulajadi. 




(Video) Bagaimana Lelaki Yoga Ini Boleh Terapung Di Udara



Kalau kita tak tahu trick ahli yoga nih, mesti kita bulat-bulat percaya kan? Nak tau bagaimana dia boleh duduk terapung camtuh, saksikan video di bawah!